Sedih betul..
semalam benda yg selalunye ana and hubby risau is that kamila jatuh, telah pun terjadi. konon semalam nk ganti pose yg dh lama tertangguh, 15 hari tuh, mampus nk ganti nanti kalau tunggu lambat2.
nak jadi cerita, semalam masa turun bawah makan sahur tinggal baby kat katil dengan letak la bantal kat sekeliling. bila masa nk naik tangga je, dh dgr bunyi cam benda jatuh. pastu dgr cam ada org lari. tengok2 dlm bilik, dgr hubby angkat kamila, tengah nangis teresak2.baru jatuh.
sebelum nih, mmg ramai yg dah pesan jaga elok2 anak tu.mmg ingat insya allah okla.sian dia . menangis teruk.cian baby mama. mmg rasa nk menangis sekali. terus terkejut baby mama.habis lebam kat kepala anak mama. oleh kerana risau sgt, sampai tak keje semlm. nk tengok progress kamila macam mana. takut dia muntah2 ke pengsan ke. hubby sampai ingat nk pegi keje lambat nk bawa baby gi jumpa paed pagi2 lagi.tapi, call kat klinik, paed lak dtg petang. so, kena gi keje dulu sebelum gi jumpa paed. hubby pun rasa cam tak nak gi keje. nasib la bos baik, bagi keje half day. emergency leave.
so, alhamdulillah tengok kamila ok. tapi, mmg asyik nak berkepit je dgn ana. sampai tido pun nk ana tido kan. sampai mama dia tido skali. bila tinggal dia cepat2 bangun. memang nk manja je, nak berkepit je.
semalam birthday adik hubby. gi balik shah alam malam tuh selepas buka pose(hehe..pose, tetap pose gak walaupun risau).sambut dgn dia kat A&W kat PJ belakang Amcorp Mall.tapi sian kamila, ngantuk2. balik umah, lepas smayang, terus nk tidokan kamila.mmg terasa penat. sian dia memang dia ngantuk betul.
sorry baby, sian dia jatuh ye..nanti kita tido bawah jela k.
No comments:
Post a Comment